Bila sebut kedai gadget, mungkin ramai yang terbayang kedai penuh dengan aksesori dan alat-alat tambahan untuk telefon dan peranti lain. Tapi di FixBay Seremban 2, kami bukan sekadar kedai gadget biasa, kami fokus sepenuhnya pada servis repair phone! Di sini, kami tak jual aksesori, sebaliknya, tumpuan kami adalah memastikan phone anda kembali berfungsi dengan baik secepat mungkin.
FixBay Seremban 2 menawarkan pelbagai servis repair, dari telefon, tablet, dan juga smartwatch. Apa yang membuatkan kami berbeza? Kami bukan kedai gadget yang hanya jual barang, kami pakar dalam servis repair phone yang profesional dan telus, supaya anda rasa selesa dan yakin untuk mempercayai kami.
Kenapa FixBay Seremban 2 Jadi Pilihan Terbaik Sebagai Kedai Gadget?
FixBay lebih dari sekadar tempat untuk baiki phone. Apa yang membuatkan kami istimewa adalah fokus kami untuk menawarkan pengalaman pembaikan yang memudahkan dan berkualiti tinggi. Berikut adalah beberapa sebab kenapa FixBay patut jadi pilihan pertama anda bila cari kedai gadget untuk repair di Seremban 2
1. Servis Pantas dan Professional
Di FixBay, kami tahu betapa pentingnya phone anda. Sebab itulah kami janji setiap pembaikan akan dilakukan dengan cepat dan cekap. Tak perlu tunggu lama-lama untuk phone kembali hidup! Dalam masa kurang dari sejam, semua masalah telefon boleh diselesaikan bergantung pada masalah telefon . Bila datang ke FixBay, anda boleh jangkakan servis yang pantas dan efisien.
2. Pemeriksaan Percuma Sebelum Pembaikan
Kami percaya dalam memberikan servis yang jujur dan telus. Jadi sebelum mula apa-apa pembaikan, kami buat pemeriksaan percuma untuk pastikan masalah sebenar phone anda. Pemeriksaan ini membantu anda faham apa yang perlu diperbaiki, dan kami akan terangkan kos serta proses yang terlibat. Bila cari kedai gadget yang boleh dipercayai, FixBay sentiasa utamakan kepuasan pelanggan.
3. Pengalaman Repair Secara Face to Face
Ramai yang takut hantar phone untuk repair sebab risau ditipu atau ada caj tersembunyi. Di FixBay Seremban 2, kami faham rasa was-was ini. Sebab itu, kami pastikan semua pembaikan dilakukan secara Face to Face. Anda boleh lihat sendiri apa yang kami baiki, jadi tak ada apa-apa yang disembunyikan. Ini cara kami tunjukkan bahawa kami adalah kedai gadget yang telus dan boleh dipercayai.
4. Pakar Dalam Pelbagai Jenis Pembaikan
FixBay Seremban 2 bukan sekadar kedai gadget biasa, kami pakar dalam pelbagai jenis repair masalah telefon. Antara servis pembaikan yang kami tawarkan termasuk:
- Tukar skrin retak, bergaris, gelap separuh
- Tukar bateri phone yang cepat habis, kembung dan phone tak hidup
- Baiki masalah charging port
- Baiki masalah software atau phone lupa password
- Tukar kaca pada skrin jika LCD masih elok
Tak kira model atau jenama apa, dari iPhone, Samsung, Huawei, Oppo hingga Xiaomi, kami ada pengalaman luas untuk membaiki pelbagai jenis phone. Anda hanya perlu datang dan beritahu masalah yang anda alami, dan kami akan uruskan selebihnya.
Masalah Biasa yang Kami Selesaikan di FixBay Seremban 2
Smartphone dan gadget lain kadang-kadang boleh buat hal, dan kami sedia untuk bantu. Antara masalah biasa yang pelanggan kami hadapi adalah:
1. Skrin Retak atau Pecah
Tak dinafikan, skrin retak atau pecah adalah salah satu masalah paling biasa yang dihadapi pengguna. Di FixBay, kami sediakan servis tukar skrin dengan harga berpatutan dan proses yang cepat. Kalau hanya kaca yang rosak dan LCD masih elok, kami boleh tukar kaca sahaja, yang lebih murah daripada tukar keseluruhan skrin.
2. Phone Tak Boleh Cas
Phone yang tak boleh cas adalah masalah yang boleh buatkan hidup jadi susah. Kalau phone anda ada masalah charging, kami di FixBay boleh periksa port pengecasan dan tukar kalau perlu. Ramai pelanggan kami memilih FixBay sebagai kedai gadget untuk repair sebab servis kami yang cekap dan pantas.
3. Bateri Cepat Habis
Kalau bateri phone anda cepat habis walaupun baru dicas, itu tanda bateri sudah lemah. Di FixBay, kami boleh bantu tukar bateri phone dengan yang baru, biasanya siap dalam masa kurang dari sejam.
4. Phone Masuk Air
Air adalah musuh utama untuk phone, dan bila phone masuk air, banyak komponen boleh terjejas. Di FixBay Seremban 2, kami sedia membantu mengatasi masalah phone masuk air, dengan pembersihan dan pemeriksaan penuh untuk memastikan semua komponen berfungsi semula. Kami adalah kedai gadget untuk repair phone pilihan ramai di Seremban 2.
5. Masalah Software dan OS
Kadang-kadang masalah bukan pada hardware, tapi software. Kalau phone anda tak boleh on, stuck pada logo, atau ada masalah dengan OS, kami boleh bantu reset atau reinstall software supaya phone kembali seperti biasa.
Apa Yang Membezakan FixBay Seremban 2 dengan Kedai Gadget Lain?
Sebagai kedai gadget yang fokus pada repair, kami sentiasa berusaha untuk memberikan servis terbaik dan pengalaman pelanggan yang mudah serta memuaskan. Berikut adalah beberapa perbezaan yang membezakan kami dengan kedai lain:
1. Kami Tak Jual Aksesori – Fokus Hanya Pada Repair Sahaja
Di FixBay, kami fokus sepenuhnya kepada repair phone, tablet atau smartwatch. Kami tak jual aksesori atau barang tambahan. Jadi, anda boleh datang dengan yakin bahawa fokus kami adalah untuk menyelesaikan masalah peranti anda. Kami bukan kedai gadget yang cuba menjual pelbagai produk, tapi tempat di mana anda boleh dapatkan servis repair berkualiti tinggi.
2. Pengalaman Pembaikan yang Telus
Di FixBay Seremban 2, kami percaya dalam menjalankan perniagaan dengan jujur. Kami berikan anda maklumat penuh tentang setiap pembaikan dan kos yang terlibat. Anda boleh lihat sendiri proses pembaikan depan mata anda, ini adalah janji kami untuk menjadi kedai gadget yang boleh dipercayai.
3. Pasukan Juruteknik Berpengalaman
Setiap juruteknik di FixBay Seremban 2 adalah pakar dalam pembaikan gadget, dengan pengalaman yang luas. Mereka tahu bagaimana untuk menangani pelbagai jenis kerosakan, dari yang mudah hingga yang lebih kompleks. Jadi, anda boleh rasa yakin bahawa peranti anda berada di tangan yang tepat.
4. Harga Berpatutan dengan Jaminan Kualiti
Harga yang kami tawarkan adalah berpatutan dan kompetitif, tanpa mengurangkan kualiti repair. Kami juga sediakan jaminan kualiti untuk semua pembaikan, jadi anda boleh datang semula jika ada sebarang masalah selepas pembaikan.
Lokasi FixBay Seremban 2 – Kedai Gadget yang Mudah Diakses
FixBay Seremban 2 terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses oleh semua pelanggan di sekitar Seremban dan kawasan sekitarnya. Anda boleh jumpa kami di:
Alamat: 20-1, Jalan S2 B15, Pusat Dagangan Seremban 2, 70300 Negeri Sembilan
Telefon: 013-500 3008
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (setiap hari)
Kami bersebelahan dengan Mydin Seremban 2, sebaris dengan RHB Bank dan di atas KK Mart. Kedudukan kami yang strategik memudahkan anda singgah bila-bila masa untuk dapatkan pembaikan cepat dan cekap.